Tuesday, 17 April 2012

liku-liku kehidupan...

Nur...itu nama panggilan dirinya...
cahaya..indah maksud disebalik nama tersebut..
sesuai sekali dengan sikap yang ada dalam diri hamba Allah SWT ini...

namun,disebalik kehidupannya beliau terselit suatu kisah dimana:

Pada tahun 2011...
Nur telah terpilih menyertai kem kepimpinan pengawas di sekolahnya..pada masa itu beliau berusia 16 tahun...Namun malangnya sahabat karibnya tidak terpilih dalam kem tersebut..
Walaubagaimanapun,beliau tetap menyertainya dengan niat ingin majukan diri beliau.
Sepanjang kem itu berlangsung,Nur telah bersahabat dengan empat kawannya yang lain juga dalam kelas yang sama pada masa itu.Namun,disebalik kabaikan kawan-kawannya itu..dia telah dianianyai..
pada masa itu dia dan kawan-kawannya telah pergi ke tandas untuk mandi..waktu itu jam 4.00 pagi.
selepas beliau selesai mandi,dia terkejut bahwa dia telah ditinggalkan oleh kawan-kawannya..
dia buntu..apa yang sepatutnya dia lakukan..nak minta tolong yang lain,takut yang lain buat yang lebih teruk akan dirinya yang bertubuh sederhana itu...lalu, dengan perasaan takut yang teramat, dia lari dalam kegelapan menuju ke surau dan air matanya menitis disaat dia melihat kawan-kawannya itu.."sampai hati diorang buat aku begini" hati kecilnya bersuara.........


Pada tahun 2012....
Alhamdulillah Nur telah maafkan semua kesilapan kawan-kawannya itu...Nur tetap berkawan dengan mereka dengan harapan mereka telah berubah..lagipun mereka ini telah berhijrah...
Nur selalu menolong mereka dikala mereka kesusahan dan adakalanya mereka menolong Nur juga namun entah ikhlas entah tidak...
Namun,pada suatu hari..tanggal 17.04.2012, Nur telah memberi cadangan untuk membuka gerai semasa acara musabaqah di sekolahnya dengan menggunakan modal tabungan kelas.
Dan semua setuju dengan cadangannya itu.Pada waktu petang selepas selesai waktu persekolahan mereka,perbincangan telah diadakan antara sahabat sekelasnya...semua pada mulanya berjalan lancar,namun ketika kehadiran 4 sekawan itu, semuanya menjadi...........
Nur telah dipinggirkan dalam mesyuarat itu..mereka semua berbincang seolah-olah Nur tiada disitu..
mereka menjadikan Nur hanya sebagai boneka..namun,dia tidak ambil hati kerana mungkin hanya perasaannya sahaja..tetapi semasa dia menanyakan siapa yang mahu menemaninya ke public phone, mereka buat tak endah...dan Nur berjalan keseorangan ke public phone itu...hiba perasaannya.
bila beliau ingin pulang,Nur telah hulurkan tangan untuk bersalaman dengan sahabat-sahabatnya namun.....

Dalam perjalanan kerumah,dia tersenyum ....tersenyum dengan dugaan menimpa..dan hatinya berkata: "agak-agaknya inilah ujian yang mampu mematangkan fikiranku..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana sayangi hambaMu yang hina ini..."...


Kesimpulannya:
kita sebagai manusia, harus bersikap lapang dada dalam menerima ujian hidup...dan maafkanlah diri ana jika penulisan ini membosankan antum semua...namun,penulisan ana adalah daripada realiti kehidupan yang ingin ana kongsikan...so,nasihat ana...learn to forgive before its too late....smile...
senyumlah walau dalam kesusahan...
kenapa ana cakap macam tu?
ana cakap macam tu adalah kerana daripada kite gaduh atau mengumpat hal orang lain kerana ketidakpuasan hati kite pada mereka,lebih baik kita tetapkan hati kita YA ALLAH  LINDUNGILAH DAKU DARIPADA MENJADI SEPERTI MEREKA...senang saja....:)
daripada kite dapat dosa kerana mereka,adanya lebih baik kita rapatkan diri kita dengan Tuhan Sekalian Alam...
belajarlah ...ana tak nafikan ianya susah namun kita semua akan terbiasa jika kita didik jiwa dan hati kita kearah kebaikan...InsyaAllah ....

wassalam....

No comments:

Post a Comment